Thursday, June 11, 2009

AKTIVITI (4) : PERTANIAN DAN KEUSAHAWANAN 2009

4.1. Tanaman sayur-sayuran:
4.1.1 : En.Nasir & isteri mengusaha tanaman lobak, kacang panjang, tener, timun batang di sebuah kawasan tepi taliair seluas 1/2 ekar.


4.1.2 : Tn.Hj. Zakaria bersama isteri dan anaknya mengusaha sayur-sayuran seperti lobak,
tener, peria, timun batang di sebidang tanah di tepi taliair seluas 3/4 ekar.



4.1.3 : En.Zulkeffli bin Yaacob bersama isteri mengusaha tanaman kacang tanah dan jagong secara bersungguh-sungguh di atas tanah di tebing sungai Kelantan seluas dua ekar.

4.1.4 : En.Ismail bin Hassan bersama isterinya mengusaha tanaman sayur-sayuran seperti lada, terung, timun batang, kangkung, kacang tanah. Selain dari itu mereka juga mengusaha tanaman tembakau.

4.1.5 : Yee mengusaha ternakan ikan di tepi taliair.






Friday, March 13, 2009

MESYUARAT AJK KRT KALI KE-2

MESYUARAT AJK KAWASAN RUKUN TETANGGA MUKIM DUSUN RENDAH
(KRTMDR) KALI KE-2 TAHUN 2009


TARIKH :12HB.MAC 2009 (Khamis/malam Jumaat)
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : Masjid Assobirin

Agenda:
1.Ucapan Pengerusi KRTMDR
2.Aktiviti Terdekat KRTMDR 2009
2.Penyusunan Semula Jadual Tugas SRS 2009
3.Lain-lain



Pengerusi KRTMDR sedang mempengerusi
Mesyuarat AJK kali ke-2

Perbincangan mengenai penyusunan semula jadual
bertugas SRS tahun 2009






Friday, February 6, 2009

AKTIVITI KRT KE -3 /09 : MAJLIS RAMAH MESRA KRT MUKIM DUSUN RENDAH DENGAN MASYARAKAT TIONGHUA JUMAAT 6-2-2009



Majlis Ramah Mesra KRT Mukim Dusun Rendah Dengan
Kaum Tionghua Kg.Baru Tok Kong.
Tarikh : 6Hb.Fabruari, 2009 (Hari Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat :Pekarangan Rumah Penghulu Kg. Tok Kong
Kehadiran : 200 orang




Ketibaan Penolong Pengarah di sambut oleh AJK
KRT dibawa menuju ke khemah dan diserikan
dengan pertunjukan mercun

Penolong Pengarah Perpaduan Dan Integerai Nasional
Negeri Kelantan sedang berucap di hadapan semua
hadirin.



Semua yang hadir sedang mengikuti ucapan-ucapan
yang disampaikan di dalam majlis itu

Sedang menikmati jamuan laksa pada akhir
majlis petang itu.

Monday, January 26, 2009

AKTIVITI (2) KRT : CERAMAH MAAL HIJRAH 25-1-2009

KRT Mukim Dusun Rendah mengadakan Ceramah Maal Hijrah 2009 pada hari Ahad 25-1-2009 bersamaan 28 Muharram 1430. Ceramah dimulakan selepas sembayang maghrib sehingga pukul 10 malam.

Pengerusi majlis menyampaikan ucapah
aluan sebelum meneruskan uturcara majlis

Ceramah Maal Hijrah disampaikan oleh alfadhil Ustaz.

selepas Ceramah dan selesai sembahyang fardhu Isya' muslimin dan
muslimat yang hadir menjamu selera dengan jamuan nasi yang disediakan.

AKTIVITI KRT MUKIM DUSUN RENDAH TAHUN 2009

Saturday, January 17, 2009

AKTIVITI (1) KRT : MAJLIS BUBUR ASYURA 17.1.2009

KRT Mukim Dusun Rendah mengadakan Majlis Membuat bubur asyura
pada hari Sabtu 17 Jan.2009 bertempat di rumah seorang ahli KRT kita.
Ahli-ahli KRT bermuafakat mengeluarkan belanja sendiri bagi menjayakan
majlis tersebut.


Di sebelah pagi, ahli Jiran Wanita dan Jiran Muda sibuk membuat persiapan
menyediakan rempah untuk dimasukkan ke dalam
bubur asyura.

Bubur asyura mula dijerang jam 8.30 pagi

Menunggu giliran untuk mengacau bubur asyura

Ahli-ahli KRT bergilir-gilir mengacau bubur asyura.
kacau-kacau-kacau


Bubur asyura selesai dimasak pukul 3.00 petang




Bubur asyura sedang diagih-agihkan kepada
ahli-ahli KRT.













Tuesday, January 6, 2009

INNAALILLAAHIWAINNAA ILAIHIRAAJIUUN



1. Shamsiah binti Yusof
meninggal pada 5.1.2009(Malam Selasa)
berusia 53 tahun kerana mengidap penyakit dalam perut.
Almarhumah mempunyai empat orang anak (2 lelaki dan 2 perempuan).
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin!!!!!!







Ahli-ahli Rukun Tenaga sentiasa memberi kerjasama dalam mengurus
sesuatu kematian di dalam Kawasan Rukun Tetangga.