Saturday, January 17, 2009

AKTIVITI (1) KRT : MAJLIS BUBUR ASYURA 17.1.2009

KRT Mukim Dusun Rendah mengadakan Majlis Membuat bubur asyura
pada hari Sabtu 17 Jan.2009 bertempat di rumah seorang ahli KRT kita.
Ahli-ahli KRT bermuafakat mengeluarkan belanja sendiri bagi menjayakan
majlis tersebut.


Di sebelah pagi, ahli Jiran Wanita dan Jiran Muda sibuk membuat persiapan
menyediakan rempah untuk dimasukkan ke dalam
bubur asyura.

Bubur asyura mula dijerang jam 8.30 pagi

Menunggu giliran untuk mengacau bubur asyura

Ahli-ahli KRT bergilir-gilir mengacau bubur asyura.
kacau-kacau-kacau


Bubur asyura selesai dimasak pukul 3.00 petang




Bubur asyura sedang diagih-agihkan kepada
ahli-ahli KRT.













No comments:

Post a Comment